Sunday, November 13, 2011
Proses Melulas (reaming)
Melulas adalah satu proses membesarkan lubang yang telah digerudi atau digerek. Lubang yang dihasilkan adalah sepusat, tepat dan mempunyai penyudahan yang licin. Operasi ini dilakukan dengan alat yang dinamakan pelulas. Pelulas dibahagikan kepada dua kategori iaitu pelulas tangan dan pelulas mesin
Proses Menggerudi (drilling)
Bahan kerja yang telah dipegang pada cuk atau yang telah dipasang pada plat permukaan boleh digerudi dengan cepat dan tepat. Mata gerudi yang bertangkai lurus boleh dipegang pada cuk gerudi dan dipasang pada tirusan dalam spindal alatan belakang. Operasi menggerudi dilakukan dengan memutarkan tuil tangan alatan belakang untuk menggerakkan gerudi yang telah dipasang mendekati bahan kerja.
Operasi menggerudi biasanya mendahului operasi-operasi lain seperti menggerek, menggerek balas, melulas dan mengulir. Terdapat empat kaedah yang biasa digunakan untuk memegang gerudi pada mesin pelarik. Ini bergantung pada saiz dan jenis gerudi yang digunakan.
- Dipegang pada cuk gerudi bertangkai lurus
- Dipegang pada tirusan dalam alatan belakang untuk gerudi bertangkai lurus.
- Pada tiang mata alat khas yang mempunyai tirusan dalam supaya batang gerudi bolih dipasangkan.
- Di pemegang gerudi (drill holder) untuk tangkai tirus yang besar
Operasi Menggerek (boring)
Operasi menggerek adalah satu proses membesarkan lubang yang telah digerudi. Lubang yang telah digerudi biasanya tidak sepusat dan saiz lubang juga tidak begitu tepat. Ini berlaku kerana semasa menggerudi, mata gerudi kadangkala menyeleweng apabila menemui bintik-bintik keras (hard spots) dan lubang-lubang pasir (sand holes). Untuk menghasilkan satu lubang yang berukuran persis, berlokasi sepusat dengan bahan keda dan mempunyai penyudahan yang licin, lubang tersebut perlu digerek dan kemudian dilulas ke saiz yang tepat.
Thursday, November 10, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)